Perlumbaan ini dimenangi oleh Christania Williams dari Jamaica (11.22s), diikuti oleh Reyare Thomas dari Trinidad & Tobago (11.36s) dan Halutie Hor dari Ghana (11.46s)

Dua pelari terpantas akan beraksi di peringkat akhir, petang ini.

Bagaimanapun, kemampuan Zaidatul untuk layak ke pusingan separuh akhir harus diberi pujian kerana kali terakhir atlet negara layak ke pusingan ini adalah pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur melalui G. Shanti. - UTUSAN ONLINE