Zahasmi Ismail
Zahasmi Ismail

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pengendali berusia 52 tahun itu mengikat kontrak selama setahun bersama skuad Piala Presiden Kelantan.

 "Buat masa ini, Kafa sedang meneliti beberapa calon untuk digandingkan dengan Zahasmi untuk mengemudi skuad Piala Presiden Kelantan musim depan.

 "Zahasmi akan memulakan tugasnya itu pada Jumaat ini," katanya.

 Bibi Ramjani memberitahu, Kafa akan mengadakan sesi pemilihan terbuka pada 16 hingga 19 Disember ini di padang Kem 8 Briged Pengkalan Chepa. - UTUSAN ONLINE