Yee Khie mencipta kecemerlangan di Carrara Sports Arena apabila mengumpul 188.7 mata, 3.2 mata kurang daripada berat dijulang juara dari Nigeria, Abdulazeez Ibrahim yang mengangkat 191.9 mata.

Pingat gangsa dimenangi oleh Sachin Chaudhary dari India dengan berat diangkat 181 mata.

Pingat yang dimenangi dalam acara para turut dikira dalam jumlah keseluruhan, bermakna Malaysia kini mengumpul dua emas, dua perak dan dua gangsa.

Dua pingat emas dimenangi menerusi atlet angkat berat manakala satu lagi perak diraih oleh skuad badminton menerusi acara berpasukan campuran. Dua pingat gangsa masing-masing dimenangi di gelanggang angkat berat dan menembak.

Seorang lagi peserta powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin pula menduduki tempat keempat kelas 72kg. Bonnie mengangkat 169.8 mata.

Dua tempat teratas dimenangi peserta Nigeria dengan Roland Ezuruike mengumpul 224.3 mata untuk meninggalkan Pul Kehinde (219.9 mata) di tempat kedua, manakala Ali Jawad dari England (182.7 mata) meraih gangsa.