Woods menyaksikan perlawanan di antara pemain Amerika Syarikat, Andy Riddick dan Sepanyol Rafael Nadal, bersama seorang lagi anak lelakinya yang berusia setahun.

Woods menyaksikan perlawanan dari tempat duduk khas. Dia memakai cermin mata, berbaju hitam dan berseluar putih.

Saksi berkata, Woods masuk ke venue pertandingan Key Biscayne dengan diiringi dua pengawal keselamatan dan turut menyaksikan perlawanan terakhir di antara pemain Belgium, Kim Clijsters dan Justine Henin.

Tiger Woods dijadual kembali ke kejohanan kompetitif minggu depan pada Masters Amerika Syarikat, Augusta. - Reuters