Watikah untuk melantik Mohd. Fared sebagai wakil pertubuhan itu di negara ini disampaikan oleh Komisioner WMO Asia, Nooramim Kaw Abdullah dalam satu majlis di Hatyai, Thailand baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd. Fared berkata, WMO menugaskan MFMP bagi memantau seni mempertahankan diri tersebut di negara ini dari sudut kejohanan, ranking, pengadilan serta kejurulatihan.

“Ini merupakan salah satu langkah bagi memastikan Muay Thai negara ini terus berkembang dan lebih efektif.

“Pengiktirafan ini adalah hasil pertemuan dengan pengasas WMO, Chinawud Sirisompan di Bangkok tahun lepas untuk membincangkan perkembangan dunia Muay Thai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Fared berkata, ini merupakan pengiktirafan keempat badan dunia seni mempertahankan diri itu kepadanya sebagai Presiden MPMF.

“Tugasan ini semestinya dipikul dengan sebaik mungkin yang mana Muay Thai sudah menjadi darah dagingnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE