Walaupun membanggakan kerana berjaya layak ke final buat kali pertama di temasya ini namun perenang dari Sarawak berusia 21 tahun itu gagal mengambil kesempatan untuk mencatat pencapaian lebih baik dan mengejutkan.

Pada aksi final, Welson mencatat masa 3:53.36 saat untuk hanya berada di depan perenang Scotland, Stephen Milne yang menduduki tempat tercorot.

Emas acara ini dimenangi juara Olimpik dari Australia, Mack Horton yang mencatat masa 3:43.76s diikuti rakan senegara, Jack McLoughlin (3:45.21) yang menang perak, diikuti perenang England, James Guy (3:45.32) untuk gangsa. - UTUSAN ONLINE