Video MEDIA SOSIAL

Lebih manis, kejayaan Zaidatul Husniah itu dilakukan selepas 20 tahun tiada atlet negara yang mampu berbuat demikian. Kali terakhir atlet negara layak ke separuh akhir acara itu adalah pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur melalui G. Shanti.

Zaidatul, 25, mencatatkan masa 11.64s untuk tempat ketiga dalam saringan kelima di Stadium Carrara, sebentar tadi.

Pusingan separuh akhir akan berlangsung petang ini, dan Zaidatul akan berlari pada saringan ketiga yang dijangkakan bermula pada pukul 3.15 petang (waktu Malaysia).

Situasi berbeza buat Khairul Hafiz Jantan apabila dia tersingkir daripada acara 100m pecut lelaki setelah menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama.

Atlet dari Melaka itu yang berlari di lorong kedua menamatkan persaingan dengan masa 10.50 saat. - UTUSAN ONLINE