Video oleh ABDUL RAZAK LATIF

Pingat emas pertama dimena­ngi oleh Muhammad Azroy mene­rusi kategori 56kg dan kemenangan itu ternyata menyuntik semangat kepada Aznil yang bersaing dalam kelas 62kg pada sebelah malam.

Strategi melebihkan berat untuk disiplin snatch bertujuan meninggalkan lawan dengan jurang selesa membuahkan hasil apabila Muhammad Azroy mencapai sasaran memenangi pingat emas pertama Malaysia.

Atlet dari Rompin, Pahang itu turut memecahkan dua daripada tiga rekod lama yang merupakan milik idolanya Amirul Hamizan Ibrahim yang kini menjadi pengurus pasukan skuad angkat berat negara ke Gold Coast.

Amirul sebelum ini memegang rekod snatch iaitu 116kg yang dilakukannya dalam edisi 2010 di New Delhi manakala rekod clean & jerk 145kg dan keseluruhan 260kg dilakukan dalam laluannya memenangi tiga pingat emas Sukan Komanwel 2002 di Manchester.

Muhammad Azroy mengangkat 117kg untuk memperbaharui rekod snatch dan kemudian 144 dalam clean & jerk untuk jumlah keseluruhan 261kg, 1kg mengatasi rekod Amirul.

Dalam temasya di Manchester, angkat berat masih menawarkan pingat emas untuk se­tiap disiplin berbanding se­karang yang memper­tandingkan satu iaitu untuk jumlah keseluruhan.

“Kami telah me­ne­­­­tapkan strategi ia­itu lebihkan da­lam snatch untuk Mu­hammad Azroy men­dahului de­ngan selesa. Kemu­dian kita hanya perlu menunggu pencabarnya menetapkan berat dalam disiplin clean & jerk dan dia hanya mengikuti,” katanya.

Strategi itu ternyata berha­sil kerana pencabarnya sukar me­ngejar dengan Gururaja dari India hanya mampu mengangkat 111kg dalam snatch dan kemudian 138kg dalam clean & jerk untuk jumlah keseluruhan 249kg bagi meraih perak.

Tempat ketiga menjadi milik jaguh Sri Lanka, Chaturanga Lakmal dengan catatan 114-134-248.

Mengulas mengenai dua rekod­nya dipecahkan, Amirul berkata, dia gembira kera­na yang melakukannya adalah atlet Malaysia sendiri.

“Saya sangat bangga kerana akhirnya selepas begitu lama, Muhammad Azroy yang memecahkan rekod saya. Saya tidak sedih dan saya harap dia dapat pecahkan satu lagi rekod malah, kalau boleh pecahkan rekod kebangsaan yang juga milik saya,” katanya yang mengangkat 265kg keseluruhan sewaktu Olimpik Beijing.

Ditanya apakah kejang kaki yang dialami Muhammad Azroy menyebabkan atlet berusia 24 tahun itu tidak mencuba untuk mengangkat lebih berat dalam clean & jerk, Amirul berkata: “Memang kami tetapkan dari awal untuk dia pecahkan dua rekod sahaja kerana tidak mahu dia tertekan. Dia sudah kejang sebelum melakukan percubaan keduanya,” jelas Amirul,yang menduduki tempat kelapan dalam Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Muhammad Azroy meresahkan seketika kem Malaysia apabila dilihat terhencut-hencut se­lepas meraikan kejayaannya menjulang 138kg pada percubaan keduanya dalam clean & jerk, namun melegakan penyokong Malaysia di Carrara Sports & Leisure Centre di sini apabila keluar dengan bersemangat untuk melakukan percubaan terakhirnya.

Sementara itu, Muhamad Aznil yang diletakkan harapan untuk memenangi perak, melepasi ramalan apabila mengatasi saingan sengit Morea Baru dari Papua New Guinea untuk memenangi pingat emas kategori 62kg.

Muhamad Aznil mengangkat 126kg dalam snatch dan kemudian menjulang 162kg dalam clean & jerk untuk jumlah keseluruhan 288kg manakala Baru pula me-raih perak selepas melakukan 127-159 untuk keseluruhan 286kg.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Talha Talib dari Pakistan yang mengangkat 132-151 untk mengumpul jumlah keseluruhan 283kg.

Jumlah keseluruhan angkatan Muhamad Aznil Bidin untuk emas kategori 62kg.