Video oleh ABDUL RAZAK LATIF

Muhammad Azroy Hazal Wafie turut memecahkan rekod Sukan Komanwel bagi disiplin snatch apabila mengangkat 117kg sebelum memastikan kemenangan apabila mengangkat 144kg dalam disiplin clean & jerk.

Catatan keseluruhan Wafie iaitu 261kg bermakna dia bukan sahaja memenangi pingat emas tetapi turut memperbaharui rekod temasya yang dicatat oleh Amirul Hamizan Ibrahim (260kg) yang dicatat di Manchester 2002. - UTUSAN ONLINE