Turun tanpa pemain import berbanding pasukan lawan, UPM Angels, yang tetap bersandarkan enam pemain kebangsaan, membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 dengan Muhammad Faizal Md. Tahir dinobatkan Pemain Terbaik perlawanan itu.

Winger berjersi No. 24 itu menyumbangkan 11 mata menerusi tiga sepakan penalti pada minit keenam, 69 dan 76 serta satu conversion (38) sambil dibantu satu try oleh rakan seposisinya, Faat Hor Rozi Ismail (36).

Mata Keris Conlay, juara 2015 yang menewaskan Cobra, dicatat oleh Fairuz Rahman dengan dua sepakan penalti minit ke-19 dan 60 serta conversion (53) di samping satu try oleh Jone Marawa Nasalo (51).

Terdahulu SSTMI Tsunami, yang juga juara edisi sulung 2014, memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga dengan menundukkan NS Wanderers 42-31.

“Kami terlepas beberapa rempuhan yang memberikan mata lawan namun saya fikir kejayaan kami jelas di barisan depan yang menunaikan tugas mereka untuk bangkit dan mendapat dua penalti dalam 20 minit terakhir,” kata jurulatih UPM Angels, Khairizal Ali Amat.