NICOL DAVID
NICOL DAVID

Nicol, 35, dijadual bertemu musuh lamanya, Alison Waters, 34, dari England dalam aksi kategori wanita yang disifatkan sebagai pertemuan klasik pemain satu generasi esok.

Sebelum itu, Nicol meneruskan kemaraan selepas menewaskan pemain Kanada, Samantha Cornett 20-18, 8-11, 11-7, 11-3 dalam satu perlawanan sengit yang mengambil masa 50 minit di pusingan ketiga hari ini manakala Waters menewaskan pemain India, Dipika Pallikal Karthik dengan mudah.

Bagaimanapun tugas lebih berat menanti Nafiizwan, 29, apabila dijadual bertemu pemain pilihan pertama temasya, Nick Matthew dari England di suku akhir esok.

Namun sedikit kelebihan yang ada pada Nafiizwan ialah dia mendapat rehat yang secukupnya untuk bertemu Matthew selepas tidak perlu turun beraksi di pusingan ketiga.

Ini berikutan lawannya, Ryan Cuskelly dari Australia terpaksa menarik diri atas alasan cedera dan ini membolehkan kemenangan percuma diberikan kepada Nafiizwan.