Sarawak di sini pada 22 hingga 23 Julai depan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Watson yang popular dengan jolokan 'The Flying Dayak' bakal beraksi dalam acara pilihannya, iaitu 100 meter dan 4x100 meter bagi kategori 40 hingga 45 tahun.

Menurutnya, meskipun sudah berusia 41 tahun, Watson diyakini masih mampu memberi saingan dengan atlet dari Semenanjung, Sabah, Sri Lanka, Thailand, Indonesia dan Singapura.

"MIOMAC mempertandingkan 10 acara melibatkan pelbagai kategori usia peserta. Kejohanan ini merupakan landasan terbaik bagi mempertemukan semula bekas-bekas atlet dalam dunia olahraga sebelum ini.

"Ini merupakan kali pertama Sarawak menjadi tuan rumah kepada MIOMAC dan kita akan menyenaraikan 80 atlet lelaki dan 20 atlet wanita pada kejohanan kali ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Karim memberitahu, seramai 899 atlet dijangka menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak itu.

Selain Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, katanya, atlet lain yang turut menyertai kejohanan tersebut ialah bekas jaguh acara merejam lembing Sukan Asian, Nashatar Singh Sindhu.

"Turut beraksi ialah bekas pelari jarak jauh negara, M. Ramakishnan; bekas atlet melempar cakera, Danapal Naidu dan bekas atlet Sarawak, Goh Fung Seng yang mengambil bahagian dalam acara 100 dan 200 meter termasuk lompat jauh bagi kategori 65 hingga 70 tahun," ujarnya.

MIOMAC 2017 akan mempertandingkan acara 100 meter, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 1,500 meter, 5,000 meter, 4x100 meter, 4x400 meter, melempar cakera, merejam lembing, 5km jalan kaki lelaki (40- 44 tahun), lompat

bergalah, 110 meter berhalangan, 400 meter berhalangan, 5km jalan kaki (lebuh raya) lelaki (40- 44 dan 45-49 tahun) dan baling tukul besi.