Terjunan Dhabitah, Wendy raih perak

Terjunan Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng Yan Yee raih perak

DHABITAH dan Wendy berjaya meraih pingat perak di Sukan Komanwel.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri berjaya merangkul pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita pada Sukan Komanwel, sebentar tadi.

Mereka menamatkan lima terjunan dengan mengutip 299.85 mata pada saingan di Pusat Akuatik Sandwell.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad terjun negara mencapai sasaran dua pingat yang disasarkan sebelum terbang ke Birmingham.

Terdahulu, gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert Daim turut meraih perak bagi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.

Dalam pada itu, pingat emas menjadi milik pasangan Australia, Maddison Keeney- Anabelle Luce Smith yang mengumpul 316.53 mata manakala gangsa pula dimenangi wakil Kanada Margo Erlam dan Mia Vallee.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.