NEW YORK: Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS), Aryna Sabalenka mara ke separuh akhir kejohanan selepas Marketa Vondrousova menarik diri akibat kecederaan lutut.
“Saya minta maaf kerana saya terpaksa menarik diri daripada perlawanan suku akhir malam ini (semalam) disebabkan kecederaan lutut.
“Saya telah cuba sedaya upaya untuk turun ke gelanggang hari ini (semalam) tetapi semasa pemanas badan, saya kembali merasakan sakit di lutut dan selepas berbincang dengan doktor kejohanan, saya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko memburukkan lagi kecederaan tersebut,” kata Vondrousova dalam satu kenyataan.
Pemain No. 1 dunia, Sabalenka akan menentang pilihan keempat dari AS, Jessica Pegula dalam separuh akhir esok, sekali gus menjadi aksi ulangan perlawanan akhir tahun lalu yang dimenangi oleh Sabalenka. – AFP