Sya­killa di­letak sebagai sandaran negara bukan sahaja untuk meraih emas pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, November ini selain layak ke Sukan­ O­limpik tahun depan.

Setiausaha Agung Makaf, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, berat badan terbaharu Syakilla ialah 55.8 kilogram.

Dia masih perlu menurun­kannya lagi untuk ber­aksi dalam kelas bawah 55kg.

Begitupun perkembangan terkini juara Sukan Asia 2014 itu tetap melegakan kerana beratnya sebelum ini melebihi 60kg.

“Ini sesuatu yang menggembirakan kami dan MSN, malah dia (Syakilla) juga disenaraikan untuk ke Sukan SEA 2019 di ­Filipina.

“Dalam masa sama dia juga berada pada landasan untuk memburu tempat ke Sukan ­Olimpik dan saya percaya dalam tempoh terdekat ini Syakilla mampu mencapai berat badan kategori asalnya,” kata Nur Azmi selepas Mesyuarat Agung Tahunan Makaf di sini, hari ini.

Sementara itu, Nur Azmi turut berkata, sasaran mereka dalam Sukan SEA 2019 kekal empat pingat emas, namun beliau enggan mendedahkan acara apa yang menjadi sandaran.

“Buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia kami kerana tidak mahu negara pesaing lain memberikan fokus kepada sasaran utama kami.

“Bagaimanapun saya tetap percaya empat emas mampu diraih dan mungkin lebih, siapa tahu,” katanya. - UTUSAN ONLINE