Mohd, Faris telah menerima anugerah ‘Pencipta Kandungan Dengan Tontonan Tertinggi’ bagi kategori Malaysia dalam majlis Facebook Creator Summit yang berlangsung di Manila, Filipina Sabtu lalu.

Mohd, Faris menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Instagramnya secara ringkas berkata, kejayaan itu berjaya dicapai hasil sokongan daripada para peminat sejak dari dahulu lagi.

“Terima kasih semua atas sokongan padu. Bak kata Freddy Mercury, saya bukan lagenda, kita adalah lagenda,” katanya.

Mohd, Faris merupakan pemain e-sukan yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai di Malaysia selepas menyertai pasukan Shopee Bosskur.

Video yang dimuat naik Mohd. Faris dalam laman sosial pula sentiasa mendapat sambutan hangat dan ada daripadanya hampir mencecah sejuta tontonan. - UTUSAN ONLINE