Atlet berusia 23 tahun itu melakukan jumlah angkatan seberat 214kg untuk menduduki tempat keempat keseluruhan.

Pingat emas dimenangi atlet Fiji, Eileen Cikamatana dengan angkatan 233kg, diikuti peserta tuan rumah Kaity Fassina (232kg) dengan gangsa milik atlet Cameroon, Clementine Meukeugui Noumbissi (226kg).

Dalam saingan akhir di Carrara Sports and Leisure Centre hari ini, Siti Aisyah melakukan angkatan 91kg dalam acara snatch diikuti 123kg dalam acara clean & jerk.

"Saya dah pecah rekod kebangsaan 90kg dan 115kg. Cuma saya tidak puas hati dalam acara snatch tadi, saya rasa boleh buat lebih baik.

"Saya cuba dalam clean & jerk dan pencapaian 123kg itu adalah terbaik untuk saya. Tadi masa percubaan seterusnya, saya dah mula rasa takut (hendak buat angkatan)," katanya.

Acara angkat berat melabuhkan tirai hari ini dan dari segi pencapaian, acara ini telah menyumbang dua emas dan satu pingat gangsa buat kontinjen negara. - BERNAMA