Satu ketika dahulu ketika berada di kemuncak prestasi dan karier masing-masing, kedua-dua pemain ini mempunyai rekod pertemuan yang sentiasa panas dengan jeritan dan berbalas kenyataan media.

Tetapi sama ada situasi itu akan berulang lagi atau pun tidak, pertemuan mereka kali ini tetap menjadi tumpuan kerana sudah lama tidak bertarung antara satu sama lain.

Serena di sini untuk memburu kejuaraan Grand Salam ke-24 dalam kariernya manakala Sharapova yang keenam. Dari segi rekod pertemuan pula, Serena mendahului jauh dengan 19-2.

Selain aksi Serena-Sharapova, turut menjadi perhatian ialah aksi pusingan pertama Roger Federer selepas itu yang akan membuka kempen menentang pemain India, Sumit Nagal. Federer diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan.

Juara bertahan, Novak Djokovic pula diundi bertemu pemain Sepanyol, Roberto Carbella Baena di pusingan pertama. - AFP