Pemain veteran berusia 37 tahun itu melangkah ke pusingan ketiga selepas mencatat kemenangan straight set 6-3, 6-2 di Gelanggang Philippe Chatrier.

Williams bakal berdepan Sofia Kenin untuk merebut slot 16 terbaik, selepas rakan senegaranya dari Amerika Syarikat (AS) itu mendapat kemenangan percuma ekoran pencabar dari Kanada, Bianca Andreescu menarik diri kerana kecederaan.

“Saya sangat serius sewaktu saya bermain, tetapi saya gembira,” katanya.

Pertembungan yang bakal menjadi tumpuan pada suku akhir dengan Naomi Osaka, yang terkenal setelah menewaskan Williams pada perlawanan akhir yang berlangsung dramatik di Terbuka AS, mungkin berlaku selepas pemain No. 1 dunia itu menyingkirkan Victoria Azarenka menerusi kemenangan tiga set. - AFP