Menurut GOLDOC, atlet berusia 23 tahun itu dimasukkan ke Hospital Universiti Gold Coast (GCUH) semalam, dan keadaannya dikatakan 'serius'.

"Atlet tersebut menerima rawatan demam malaria sebaik dimasukkan ke GCUH," kata GOLDOC dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

"Dia masih dirawat, dan keadaannya sedang dipantau dari masa ke semasa," kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, GOLDOC tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai atlet berkenaan seperti nama dan negara asalnya atas dasar kerahsiaan pesakit. - REUTERS