Sebaliknya penyerang yang berasal dari Portugal itu berkata, dia tidak pernah menyembunyikan pendapatannya daripada pengetahuan agensi berkenaan malah memberi kerjasama sepenuhnya dalam membuat pengisytiharan tentangnya.

Semalam Pejabat Pendakwa Sepanyol di Madrid mendakwa Ronaldo, 32, menipu dalam empat akaun dari 2011 hingga 2014 menerusi struktur perniagaan yang diwujudkan pada 2010 bagi menyembunyikan jumlah pendapatan sebenar yang diraih atas hak imej bersama beberapa penaja di negara itu termasuk menggunakan sebuah syarikat yang berpengkalan di Virgin Islands bagi tujuan tersebut. - AFP