Ia adalah kejuaraan kedua diraih pasukan yang dikenali dengan nama ‘Rimau 7s’ selepas menjuarai Piala Asia Ragbi 7s di Jakarta, Indonesia, bulan lalu.

Dalam final semalam, Rimau 7s membelasah Awesome Rugby Club dengan 26-5.

Terdahulu Malaysia menumpaskan Thai Air Force (24-10) dalam suku akhir dan Singapura dengan 26-7 pada separuh akhir.

Untuk rekod, Rimau 7s mara ke suku akhir selepas memenangi kesemua empat perlawanan awal dalam Kumpulan A.

Mereka membelasah pasukan Singapore Wanderers dengan 38-0, DAC Lao Nagas (43-0), Thai Police (31-10) dan Wangderm Club (40-10).

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian delam kejohanan dua hari yang bermula semalam itu. - BERNAMA