Turut menepati ramalan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohd. Ridzuan Puzi yang diumum sebagai Atlet Paralimpik Terbaik.

Kejayaan itu menyaksikan mereka membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Rafiq, 22, bukan sahaja mengetepikan jaguh berbasikal trek, Azizulhasni, malah cabaran sengit gandingan terjun, Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong, Amy Kwan Dict Weng (gimrama) dan Mohamad Hazim Amzad (silat).

Kejayaan cemerlang muncul pemain Malaysia pertama me­rangkul kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan Boling Dunia di Hong Kong tahun lalu antara yang melayakkan Rafiq membawa pulang gelaran Atlet Terbaik.

Sebelum itu, Rafiq turut cemerlang dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan meraih satu pingat emas dan satu pingat perak masing-ma­sing menerusi acara Masters dan Trio Lelaki serta muncul sebagai juara kebangsaan buat kali ke­dua selepas 2015.

Dalam majlis itu juga, Penaung Diraja SAM, Sultan Haji Ahmad Shah dianugerahkan Anugerah Khas Sepanjang Hayat atas sumbangan besar baginda kepada arena sukan negara, khususnya bola sepak.- UTUSAN ONLINE