Kontinjen negara menutup hari kelima kempen mereka dalam Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dengan menambah sebutir pingat perak dan pingat gangsa.

Dalam acara badminton berpasukan, sedikit mengecewakan apabila dominasi 12 tahun Malaysia berjaya ditamatkan oleh India, yang buat pertama kali memenangi emas sejak acara ini diperkenalkan pada tahun 1978.

Dalam perlawanan di Pusat Sukan Carrara hari ini, pasukan negara tewas 1-3 dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Sementara itu, dalam acara squasy di Oxenford Studios, Mohd. Nafiizwan Adnan menjadi pemain individu lelaki pertama negara berjaya memenangi pingat Sukan Komanwel apabila dia berjaya mengalahkan pemain Wales, Joel Makin 3-2 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa. - UTUSAN ONLINE
 

KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 39 33 34 106
2 ENGLAND 22 25 16 63
3 INDIA 10 4 5 19
4 NEW ZEALAND 8 9 6 23
5 AFRIKA SELATAN 8 5 5 18
6 KANADA 7 17 13 37
7 SCOTLAND 6 8 11 25
8 WALES 6 6 4 16
9 CYPRUS 4 0 2 6
10 SAMOA 2 2 0 4
11 MALAYSIA 2 1 2 5
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 9pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com