Sebanyak dua pingat emas dan satu pingat gangsa berjaya diraih atlet kebangsaan dalam kempen mereka pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini.

Emas pertama hari ini dihasilkan oleh Emma Firyana Saroji dan Siti Zalina Ahmad dari boling padang acara pairs di Pusat Boling Padang Broadbeach, menewaskan pasangan Afrika Selatan 15-14.

Walaupun pada awalnya ketinggalan 7-0, pasangan ini berjaya berjaya memecah kebuntuan pada ends keempat apabila mengutip satu demi satu mata, namun masih  ketinggalan 12-3 pada ends ke-10, sehingga sehingga berjaya merapatkan jurang pada ends ke-16 dengan kedudukan 12-13, satu mata di belakang lawan.

Satu lagi emas hadir menerusi Amy Kwan dari acara riben individu pada aksi final di Pusat Sukan Tertutup Coomera.

Amy mengumpul mata tertinggi 13.200 mata untuk menewaskan gimnas pilihan dari Cyprus, Diamanto Evripidou yang mendapat 12.900 mata untuk berpuas hati dengan perak manakala gangsa menjadi milik seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan yang memungut 12.000 mata.

Dan sebentar tadi, gandingan Ying Ho/Karen Lyne berjaya menghadirkan pingat gangsa dari acara ping pong beregu wanita yang berlangsung di Oxenford Studios.

Pada aksi penentuan tempat ke-3/4 hari ini, gandingan negara berjaya menewaskan beregu India, M.Sutirtha/S. Pooja 15-13, 11-7, 8-11, 11-7 (3-1). - UTUSAN ONLINE

 

KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 65 49 54 168
2 ENGLAND 31 34 34 99
3 INDIA 17 11 14 42
4 KANADA 14 34 26 74
5 AFRIKA SELATAN 13 10 12 35
6 NEW ZEALAND 10 14 11 35
7 SCOTLAND 9 13 19 41
8 CYPRUS 8 1 5 14
9 WALES 7 10 12 29
10 NIGERIA 7 5 5 17
** ** ** ** ** **
12 MALAYSIA 5 5 10 20
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 8pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com