Takeda disiasat oleh pihak kehakiman Perancis berhubung pembayaran hampir 2 juta Euro (RM9.25 juta) bagi membolehkan Tokyo memenangi bidaan tersebut.

Tokyo telah memenangi bidaan menganjurkan temasya itu pada 2013 menewaskan dua calon lain iaitu Madrid dan Istanbul.

“Saya tidak percaya saya telah melakukan sesuatu yang haram.

“Ia menyakitkan saya namun saya percaya ini adalah tanggungjawab saya untuk melangkah keluar,” kata Takeda. - AGENSI