Kuartet negara yang dibarisi Ahmad Nor Iman Hakim (Politeknik Nilai), Rozaimi Razali (UPM), Muhammad Syafiq Zuber (Politeknik Nilai) dan Hamdanwahid Rinaldi (UTeM) memenangi gangsa dalam acara Kyorugi berpasukan lelaki selepas tewas 10-36 kepada Iran pada aksi separuh akhir.

Iran merupakan gergasi taekwondo dunia kemudian membawa pulang pingat emas selepas mengalahkan Mesir 33-6 dalam pertarungan akhir.

Terdahulu, Malaysia menumpaskan Mexico 24-20 pada pusingan pertama, diikuti Poland (34-14) di pusingan kedua dan Amerika Syarikat 35-13 dalam aksi suku akhir. - UTUSAN ONLINE