Bintang tenis Republik Czech, Pliskova kerap melakukan kesilapan dalam aksi menentang pilihan ke-31 itu, yang akan bertemu sama ada pemain Rusia, Veronika Kudermetova atau wakil Estonia, Kaia Kanepi bagi merebut tempat ke suku akhir.

Kekalahan yang menimpa Pliskova, bermakna Naomi Osaka akan mengekalkan kedudukan No. 1 dunia selepas pertandingan di Roland Garros berakhir. Martic kini memenangi 14 perlawanan pada permukaan gelanggang tanah liat, musim ini, jumlah tertinggi yang dicatat berbanding pemain lain dalam Jelajah WTA.

Bekas pemain No. 1 dunia, Pliskova masih kekal tanpa gelaran Grand Slam dalam kariernya, meskipun dia tiba di Paris dengan harapan yang tinggi selepas menjuarai Terbuka Itali di Rome.

Bagaimanapun, kekerapannya melakukan kesilapan pada perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Philippe Chatrier, termasuk membuat dua kesalahan berganda, dan gagal membalas pukulan depan yang mudah menyaksikan Pliskova tersingkir di peringkat 32 terbaik.

Pliskova menamatkan saingan dengan melakukan 28 kesilapan yang disengajakan serta hanya menyempurnakan 23 winners, manakala, Martic memastikan kemenangannya hasil pukulan ace dan pemain berusia 28 tahun itu berpeluang melangkah ke suku akhir Grand Slam buat kali pertama dalam kariernya.

Sementara itu, juara bertahan, Simone Halep mara ke pusingan ketiga, selepas menundukkan pemain Poland, Magda Linette 6-4, 5-7, 6-3. Pemain Romania itu bakal bertemu pilihan ke-27, Lesia Tsurenko dalam pusingan seterusnya setelah wakil Ukraine tersebut mengalahkan Aleksandra Krunic 5-7, 7-5, 11-9. – AFP