Proud didapati telah bergerak lebih awal sewaktu pelepasan perlumbaan saringan diadakan di Pusat Akuatik Gold Coast, hari ini.

"Walaupun keputusan ini amat mengecewakan Ben, pasukan kami tetap perlu memberi tumpuan kepada acara lain yang akan datang," kata ketua pasukan renang England, Grant Robins dalam satu kenyataan sejurus penolakan rayuan tersebut oleh sebuah panel bebas.

"Kini Ben akan lebih memberi lebih tumpuan terhadap acara 50m gaya bebas Isnin nanti," tambah Robins.

Pembatalan penyertaan Proud memberi kelebihan kepada perenang pilihan kedua, juara 200m kuak kupu-kupu Sukan Olimpik 2012 di London, Chad le Clos dari Afrika Selatan. - REUTERS