Menerusi kategori itu, peminat sukan negara buat pertama kalinya mempunyai peluang untuk mengundi atlet yang dirasakan mereka telah menyampaikan prestasi terbaik untuk tahun ini.

“Pada tahun ini, kami memutuskan bahawa peminat sukan Malaysia juga perlu terlibat dalam program anugerah berprestij ini. Jadi, kami mewujudkan satu kategori baharu dikenali sebagai Anugerah Peminat 100Plus,” kata Pengurus Pengaktifan dan Penajaan F(amp)N Beverages Marketing Sdn Bhd, Engku Isyamuddin Tuan Losin dalam kenyataan hari ini.

“Senarai pendek 15 atlet yang menunjukkan prestasi terbaik pada 2018 telah disediakan oleh SAM dan disiarkan dalam laman Facebook 100Plus yang mana peminat boleh membuat pilihan mereka,” tambahnya.

Peminat dijemput untuk mengundi di laman Facebook 100Plus https://www.facebook.com/my100plus/ sebelum tempoh mengundi tamat pada 7 April.

Atlet yang menerima undian tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang pada majlis anugerah SAM-100Plus pada 10 April.

Untuk rekod, anugerah utama yang akan diberikan pada majlis berprestij itu ialah Atlet Terbaik yang mana Anugerah SAM-100Plus mengiktiraf atlet terbaik tanpa mengira jantina, setiap tahun.

Pemenang sebelum ini termasuk Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Pandelela Rinong dan Mohd Azizulhasni Awang.

100Plus telah menjadi penaja utama anugerah ini sejak 2006. - BERNAMA