Mereka yang melakar nama sebagai pemenang itu ialah Anis Waheeda Adenan bagi kategori perseorangan wanita; Mohd. Faizal Othman dan Qistina Mohd. Reffal serta Hasfizal Samad dan Aironisma Abdullah untuk kategori beregu campuran.

Pasukan negeri ini yang dikenali sebagai The Perlis Woodpeckers itu juga menguasai bagi kategori beregu wanita, beregu lelaki, pasukan wanita, pasukan lelaki dan perseorangan lelaki serta wanita.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Pengasas dan Penaung Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs).

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat pada majlis penyampaian hadiah itu yang diadakan di Dataran Sheikh Ahmad, Kangar dekat sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Pelancongan Perlis, Mohd. Shafie Ismail dan Presien PWNPs, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Turut hadir, Presiden Persekutuan Woodball Asia, Thomas Kok dan Presiden Persatuan Woodball Malaysia (MWA), Elaine Tan.

Sebanyak 14 pasukan dari kebanyakkan negeri termasuk dari Thailand, Singapura menyertai kejohanan itu. - UTUSAN ONLINE