Persaingan kali ini bagaimanapun sengit kerana Pandelela dan Jung Hoong bakal bersaing dengan nama-nama besar yang memiliki kejayaan di peringkat dunia.

Kejayaan meraih pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast dalam acara 10 meter platform seirama, selain empat pingat Siri Terjun Dunia meletakkan Pandelela dan Jun Hoong sebagai calon utama anugerah.

Bagaimanapun bintang boling sensasi, Muhd. Rafiq Ismail mampu memberi cabaran sengit ekoran kecemerlangan yang ditampilkan sepanjang tahun lalu.

Rafiq mencipta sejarah muncul pemain lelaki Malaysia pertama merangkul kejuaraan Masters dalam Sukan Asia di Palembang, Indonesia, selain meraih perak trio bergandingan dengan Ahmad Muaz Mohd. Fishol dan Timmy Tan dalam Sukan Asia Indonesia.

Kejayaannya bagaimanapun tidak terhenti di situ. Dia kemudian memahat satu lagi sejarah apabila menamatkan penantian 39 tahun Malaysia dengan merangkul gelaran Boling Dunia di Hong Kong dalam saingan perseorangan.

Sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap 100Plus, jenama minuman isotonik No. 1 negara, SAM turut memperkenalkan Anugerah Khas Penyokong 100PLUS.

Anugerah ini memberi peluang kepada peminat sukan di Malaysia untuk menjadi juri bagi menentukan sipakan yang layak menerima anugerah khas tersebut.

Seramai 15 calon telah disenaraikan melibatkan atlet individu atau pasukan kebangsaan yang telah mempamer aksi cemerlang sepanjang 2018.

Peminat hanya perlu lawati laman sosial facebook 100PLUS, https://www.facebook.com/my100plus/ untuk mengundi di atas talian sekaligus menentukan siapakah pemenang tersebut. Undian akan bemula dari 25 Mac 2019 dan ditutup pada 7 April 2019. - UTUSAN ONLINE