Obor berkenaan dibawa menaiki Melaka River Cruise oleh Pegawai Kewangan negeri, Datuk Roslan Ibrahim sebelum di­serah kepada Pegawai Daerah Alor Gajah, Daud Hassan.

Terdahulu, para peserta berlari sejauh empat kilometer bermula di Dataran Sungai Melaka dan dilepaskan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abidullah Salleh sebelum tiba di jeti Kampung Morten.

Kira-kira 2,000 peserta program Fit Malaysia menyambut larian itu di Dataran Restoran Melayu Me­laka sebelum diserahkan kepada Daud dan gimik itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Negeri ini adalah destinasi kedua selepas Johor bagi Larian Obor KL2017 anjuran Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan.

Pada Khamis lalu, La­rian Obor KL2017 itu tiba di negeri ini yang diserahkan kepada wakil Melaka di Laman Belia Sungai Rambai sebelum menyerahkan obor berkenaan kepada wakil Negeri Sembilan esok.

ROSLAN IBRAHIM (kiri) meletakan obor Larian KL2017 yang tiba di Dataran Restoran Melayu, Melaka semalam. - MINGGUAN/NURSURAYA ZULKIFLI