Juara dunia lapan kali itu tewas kepada pilihan ketiga dari England, Sarah-Jane Perry 7-11, 9-11, 11-6, 6-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 42 minit di Pusat Skuasy Nasional, Manchester, menurut laman web kejohanan www.manchesteropensquash.com.

Perry akan bertemu pilihan keenam, Tesni Evans dari Wales pada suku akhir, hari ini.

Evans melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Milou van der Heijden dari Belanda 11-7, 11-9 dan 11-3 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Kejohanan Skuasy Terbuka Britain dijangka diadakan dari 20 hingga 20 Mei di Hull, England yang merupakan kejuaraan terakhir bakal disertai Nicol, sebelum dia menggantung raketnya. - BERNAMA