Pemain Perancis itu sering menjadi penghalang Nicol dalam beberapa kejohanan, sebelum ini, dan jika anak kelahiran Pulau Pinang tersebut berjaya mencatat kemenangan ke atas Serme, ia mampu melonjakkan moralnya untuk melangkah lebih jauh.

Kejayaan Nicol ke pusingan ketiga, selepas dia mempamerkan persembahan meyakinkan untuk mengalahkan Millie Tomlinson dari England menerusi kemenangan straight set 11-5, 11-4, 11-7 dalam tempoh 28 minit pada pusingan kedua, hari ini.

Nicol mula bertanding dalam kejohanan itu pada 2001 dan memenangi lapan gelaran, kejuaraan paling banyak dimenangi oleh seorang pemain wanita. Nicol merangkul gelaran itu pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.
 Baru-baru ini, pemain berusia 35 tahun itu mengumumkan akan bersara pada penghujung musim 2018/2019 Jun ini, selepas selama 20 tahun di dalam kancah sukan skuasy. - UTUSAN ONLINE