Dalam perlawanan yang berlangsung di Oxenford Studios, Gold Coast itu, Nicol, yang tewas pada dua set pertama berjaya mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk memenangi tiga set berikutnya.

Perlawanan yang berlangsung selama 61 minit itu berkesudahan dengan 7-11, 11-13, 11-9, 11-9, 12-10.

Pada separuh akhir esok, Nicol dijadual menentang pemenang perlawanan di antara Joelle King dari New Zealand dan Joshna Chinappa dari India. - UTUSAN ONLINE