Dalam perlawanan yang diadakan di Oxenford Studios, Gold Coast hari ini, Naffizwan yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-12 tewas 6-11, 10-12, 11-4 kepada pemain pilihan keempat kejohanan itu.

Esok, pemain yang berasal dari Terengganu ini akan beraksi dalam perlawanan merebut pingat gangsa bertemu pemain yang tewas dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di antara Joel Makin dari Wales menentang Paul Coll dari New Zealand. - UTUSAN ONLINE