Nafiizwan, yang kini menduduki tangga ke-35 senarai pemain profesional dunia, mengambil masa selama 81 minit untuk menewaskan pemain no. 12 dunia itu 11-7, 6-11, 12-10, 4-11, 11-6.

Pada pusingan separuh akhir esok, Nafiizwan yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-12 kejohanan, akan bertemu dengan pemain pilihan ke-4 yang juga dari England, James Wilstrop.

Perlawanan akan berlangsung pada pukul 1 petang (waktu Malaysia). - UTUSAN ONLINE