Presiden MPM, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, pihaknya juga akur dengan pendirian Kerajaan berhubung larangan ke atas atlet Israel menyertai kejohanan berkenaan.

“Pada 8 Ogos 2017, Kuching telah dipilih untuk menganjurkan Kejohanan Renang Para Dunia 2019 oleh IPC.

“Sebagai jawatankuasa tempatan, MPM dan pemegang taruh yang lain telah mengambil langkah memulakan penganjuran kejohanan berkenaan,” kata kenyataan rasmi daripada MPM, hari ini.

Pihak IPC pada semalam telah mengumumkan menarik balik hak penganjuran kejohanan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini kerana desakan Israel yang tidak dibenarkan atlet mereka memasuki negara ini. - UTUSAN ONLINE