Catatan peribadi terbaik Muhammad Aqil dalam acara 100 meter ialah 10.39 saat, sekali gus membolehkan atlet dari Selangor itu berada dalam kelompok jaguh pecut Malaysia ketika ini.

Bersama wartawan ZAZALI JAMIAN dalam ruangan Tanya Je hari ini, Utusan Malaysia mengupas secara santai sisi menarik atlet remaja berusia 19 tahun itu.

1 Kereta idaman anda?

Nissan GTR paling saya idamkan selama ini kerana ia mempunyai kepantasan yang mengagumkan.

 

2 Jika anda berada dalam kumpulan Justice League, apakah watak adiwira menjadi pilihan?


Saya tidak menonton sangat cerita superhero namun watak pilihan saya adalah Superman kerana ia sangat dikenali.

 

3 Jika anda dapat menewaskan jaguh pecut dunia Usain Bolt dalam Sukan Olimpik, apakah yang ingin anda katakan kepada pemegang rekod dunia 100m itu?

Saya akan katakan kepada dia bukan mudah untuk menewaskan legenda seperti anda (Bolt) tetapi saya dapat melakukannya.


4 Sebelum tidur apa yang biasa anda lakukan?


Kebiasaannya sebelum melelapkan mata saya akan lihat video larian jaguh-jaguh pecut dunia, kadangkala saya menonton filem dan juga mendengar lagu.

 

Spaghetti Aglio Olio paling kerap dimasak oleh Aqil.
 

5 Makanan yang pernah anda masak?

Spaghetti Aglio Olio. 


6 Jika anda seorang pelakon, watak bagaimana yang ingin anda lakonkan?


Saya ingin berlakon dalam semua filem aksi dan kalau berpeluang memegang watak superhero memang saya tidak akan tolak tawaran.

 

 

7 Kelab Liga Perdana Inggeris yang paling anda minati?

Sudah tentu Liverpool.


8 Haiwan yang mampu membuatkan anda geli?


Kebanyakannya ialah haiwan reptilia terutama ular.

 

9 Jenama kasut yang anda gemarkan

Bagi saya kasut yang sering saya gunakan dan selesa ialah Mizuno Remise.


10 Artis yang paling anda minat?

Ermmmm...(ambil masa lama untuk fikirkan), Ya saya akan pilih Mira Filzah.