Presidennya Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, berikutan kekangan kewangan dan tajaan yang dihadapi mereka, hasrat untuk menghantar dua petinju pada kejohanan 'World Muay Thai Heritage' di Greece yang berlangsung Isnin lalu, tidak kesampaian.

"Dua petinju iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA, Ain Kamaruddin dan petinju terbaik negara Muhammad Amirul Aiman Zaidi telah bersedia membawa nama negara ke kejohanan terbabit namun tidak mampu direalisasikan kerana masalah kewangan.

"Kedua-dua petinju dan pihak kami mahu membuktikan sesuatu di pentas antarabangsa, namun terpaksa berputih mata," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Fared berkata pihaknya berharap mana-mana syarikat korparat dan kementerian berkaitan tampil membantu persatuannya mendapatkan dana bagi membolehkan petinju yang berpontesi dihantar ke kejohanan-kejohanan antarabangsa selepas ini.

"Kami mempunyai petinju berpontesi yang boleh membawa nama negara, namun terhalang kerana kurang sokongan dana.

"Tajaan ke kejohanan antarabangsa seumpama itu penting kepada petinju-petinju Muay Thai negara sebagai usaha menempatkan diri dalam kelompok petinju Muay Thai terbaik dunia," katanya.

Mohd Fared berkata, pihaknya kecewa tidak dapat menyertai kejohanan terbabit di Greece yang menjadi permulaan kepada MFMP memberikan pendedahan kepada petinju terbaik negara untuk mendapat pengalaman bersaing dengan petinju dari negara luar.- BERNAMA