Naib Presiden MPM, Datuk R. Subramaniam berkata, pemilihan Megat Shahriman dibuat selepas mendapati beliau menepati ciri-ciri ditetapkan, selain turut memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan.

Tambah Subramaniam, pelantikan Megat Shahriman itu dibuat selepas menilai keseluruhan tiga calon dalam senarai pendek MPM bagi jawatan berkenaan.

“Cara MPM melakukan pemilihan adalah dengan menghantar surat tawaran kepada semua persatuan dan ahli gabungan kami. Mereka akan mengajukan nama calon dan kami menerima sebanyak tiga nama. Daripada tiga itu, exco (ahli jawatankuasa) MPM telah memutuskan untuk memilih Datuk Seri Megat Shahriman sebagai CDM,” katanya.

Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) akan mengadakan mesyuarat di Manila pada 8 Jun ini bagi memutuskan sukan yang akan dipertandingkan di Filipina, Januari depan.

Sementara itu, Megat Shahriman mengakui ia satu tanggungjawab besar, namun bersedia menggalas tugasan itu dengan sebaiknya.

“Tugas mana-mana CDM sememangnya berat, cuma saya ada garis panduan daripada mantan CDM Sukan SEA 2017. Ini merupakan salah satu pengiktirafan yang tidak akan saya sia-siakan. Saya akan menabur bakti sebaik yang boleh untuk memastikan nama Malaysia berupaya meraih pingat yang banyak,” katanya. - UTUSAN ONLINE