Dhabitah dilihat gagal melonjakkan dirinya dengan baik ketika berlepas daripada papan anjal menyebabkan lompatannya menjadi tidak cukup tinggi untuk melakukan terjunan yang baik berbanding pasangannya Leong Mun Yee yang cemerlang.

Ketika itu, gandingan negara sedang berada pada kedudukan terbaik untuk menang emas tetapi akibat terjunan terakhir yang hanya berjaya memungut 42.30 mata itu, mereka jatuh ke tempat ketiga dengan mata keseluruhan 264.90 mata untuk sekadar memenangi gangsa.

Acara itu dimenangi penerjun Australia, Easther Qin/Georgia Sheehan yang memungut 284.10 mata diikuti penerjun England, Alicia Blagg/Katherine Torrance, 276.90 mata yang menang perak. - UTUSAN ONLINE