Kejohanan edisi kesembilan itu menyaksikan Malaysia bakal bersaing bersama 26 negara lain melibatkan 117 pasukan dengan 2,500 pemain.

Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara menjadi penganjur bagi kejohanan sukan yang mirip seperti ragbi itu.

Kejohanan kali ini menyaksikan Australia menjadi negara tumpuan selepas mendominasi sukan itu sejak mula diperkenalkan pada 1988.

Selain Australia, New Zealand dilihat sebagai negara yang mampu memberikan cabaran sengit selain Samoa, Fiji, Cook Island serta beberapa negara dari Afrika.

Selaku tuan rumah, Malaysia tidak meletakkan sebarang sasaran khusus sebaliknya berhasrat untuk melakukan kejutan ke atas pasukan-pasukan ternama.

Malaysia akan menampilkan tiga pasukan dalam tiga kategori termasuk campuran, terbuka wanita dan lelaki 40 tahun.

Skuad campuran dan wanita akan berdepan cabaran New Zealand, Selasa ini manakala lelaki 40 tahun akan mula beraksi Isnin ini dengan pertemuan menentang Singapura

Antara negara yang terlibat dalam edisi kali ini termasuk Australia, Belgium, Chile, China, Taiwan, England, Fiji, Perancis, Jeman, Hong Kong, Ireland, Itali, Jepun, Belanda, Papua New Guinea, Filipina, Scotland, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat, Wales dan Afrika Selatan dengan 11 kategori dipertandingkan.-UTUSAN ONLINE