Atlet boling, Muhammad Naiim Rosli, 20, memenangi perak, bagi kategori perseorangan lelaki D34 yang mengumpulkan 420 mata.

Emas dimenangi pemain Jepun, Toshiro Yagi dengan 511 mata, manakala Sarhan Zuhir dari Singapura mengutip gangsa dengan 403 mata.

Seorang lagi atlet olahraga, Muhammad Radhi Safie, 19, yang mencatat masa 29.89 saat bagi kategori 200m divisyen 8, berkongsi pingat perak dengan atlet Indonesia, Williemas Johanes Doroh di Stadium Kelab Pegawai Polis Dubai pada Ahad.

Atlet Singapura, Maveric Lee Dong En meraih emas dengan 27.87s, manakala gangsa diraih atlet Brunei, Hizam Budiman Anak Kasin yang mencatatkan 29.97s.

Seramai 7,500 atlet kurang upaya intelektual dari 190 negara menyertai Sukan Olimpik Khas ini yang berlangsung dari 14 hingga 21 Mac. - BERNAMA