Amiruddin Embi

Presiden Kesa­tuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Wira Amiruddin Embi berkata, peluang skuad kebangsaan menjuarai Divisyen 2 pada kali ini begitu mencabar berdasarkan kepada reputasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang membariskan hampir keseluruhannya pemain naturalisasi dari Barat.

“Malah, kita juga akan berhadapan dengan Taiwan yang mana jarang ditewaskan oleh Malaysia sebelum ini dalam permainan 15 sebelah.

“Sementara itu, Thailand pula sentiasa mempunyai reputasi yang terbaik serta liat untuk ditumbangkan.

“Pasukan negara telah membuat persediaan yang rapi di bawah kelolaan jurulatih Lee Nyuk Fah dengan membariskan pemain berpengalaman serta berkaliber selepas kejohanan Liga Super KRM baru-baru ini.

“Kebanyakan daripada mereka adalah pemain yang telah mewakili negara pada kejuaraan edisi lalu di Doha, Qatar,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) itu bakal menyaksikan Malaysia bertemu UAE, Thailand dan Taiwan dan kejohanan tersebut juga untuk mela­yakkan mereka ke Piala Dunia 2019 yang akan diadakan di Jepun selain menentukan ranking dunia.

Pada edisi lalu, Malaysia berjaya menaiki tangga ke-61 daripada tempat ke-72.