Kekalahan tipis ini turut mele­takkan skuad Lee Nyuk Fah di tempat ketiga di belakang pilihan utama Sri Lanka yang terdahulu menewaskan Singapura 33-17 dan Filipina.

Namun tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan, 3-0 menerusi openside flanker Mohamad Syarif Saiful Aazwan Sudin yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24.

Kedudukan itu hanya bertahan 11 minit malah Filipina pula di depan apabila pemain lock, Christopher Bird melakukan try sekali gus menjadikan 5-3.

Hanya seminit babak kedua menyusul, Malaysia mendapat try yang disudahkan oleh outside center kelahiran Fiji, Jone Mawara Nasalo lalu dilengkapkan dengan conversion Syarif untuk membawa tuan rumah mendahului 10-5.

Namun, sedikit kecuaian barisan belakang membolehkan lawan menyambar peluang untuk menyamakan 10-10 seterusnya menang 15-10.

Kedua-dua mata secara try itu diperoleh pelawat menerusi outside center, Matthew Saunders dan Terrence Carroll masing-masing pada minit ke-46 dan 68.

“Kami sudah menguasai perlawanan cuma kehilangan bola daripada pemain yang mendapatnya dengan sokongan rakan sepasukan yang menghukum pasukan.

“Persefahaman dan keselarasan kami dalam melancarkan serangan juga tampaknya perlu banyak diperbaiki,” katanya.