Zaqhwan yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tangan menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan keseluruhan terpantas 27 minit 20.147 saat (s) mengatasi pelumba Kawasaki Thailand Racing, Thitipong Warakorn yang melakukan 27:23.706s, manakala tempat ketiga dimenangi pelumba Jepun, Yuki Ito (27:27.360s).

“Saya baru lepas baik daripada kecederaan. Pada mulanya saya berasa takut kerana ada kecederaan lampau, bagaimanapun, saya fikir setidak-tidaknya saya perlu memberikan aksi terbaik.

“Dalam fikiran, saya cuma fokus sama ada mahu menang atau jatuh. Saya memang mahukan kemenangan ini dan Alhamdulillah, rezeki saya,” katanya.

Sementara itu, bagi kategori SuperSports 600cc pula menyaksikan pelumba Yamaha Thailand Racing, Peerapong Boonlert mengungguli tempat pertama selepas mela­kukan catatan masa 21:57.152s.

Tangga kedua dimenangi Andi Farid Izdihar dari Indonesia (21:59.138s) dan kedudukan ketiga menjadi milik pelumba Hong Leong Yamaha Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin (21:59.471s).