Kata Razlan, kerjasama itu penting kerana mahu memastikan kecergasan pelumba mereka setanding dengan pelumba dari Eropah.

“Menerusi kerjasama ini pelumba di bawah SIC boleh menggunakan segala kemudahan yang ada di ISN malah ketika mereka mengalami kecederaan segalanya akan dibantu dengan baik.

“Kita juga pernah dimaklumkan oleh pelumba-pelumba kami yang bersaing di peringkat Asia tidak pernah menjalani latihan kecergasan sebegini.

“Ini juga adalah salah satu objektif utama kami iaitu mahu memastikan pelumba kami berupaya meraih kecemerlangan selepas mempunyai tahap kecergasan yang baik,” katanya kepada pemberita di gimnasium ISN, sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE