RAZLAN RAZALI

Razlan, yang juga CEO Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membuat keputusan berkenaan untuk memberi fokus kepada tugasnya di litar tersebut, termasuk sebagai prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT).

“Surat perletakan jawatan tersebut telah diserahkan kepada Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir, yang menggantikan Tan Sri Azman Yahya. Penggantian adalah sebahagian daripada penstrukturan semula MAM.

“Dalam mengembangkan dan memajukan sukan permotoran di Malaysia, MAM yang ditubuhkan pada tahun 2009 memainkan peranan sebagai badan induk bagi membantu kelab, penganjur acara, pegawai, pesaing, pengendali komersil dan penaja untuk memastikan pertumbuhan masa depan sukan permotoran.

“Ia akan sentiasa menjadi objektif utama MAM untuk mempromosikan pembangunan dari akar umbi sukan permotoran di Malaysia selain mencungkil bakat tempatan,” maklum badan induk tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam surat tersebut, Razlan berkata, peletakan jawatannya adalah demi kepentingan MAM.

“Razlan memaklumkan Muizz Azli akan mengisi kekosongan tersebut. Beliau berpendapat, Muizz merupakan calon sesuai untuk mengisi jawatan ini kerana telah menangani kes-kes undang-undang yang melibatkan acara sukan permotoran.

“Beliau juga percaya bahawa Muizz mampu menyusun MAM dan membawanya ke peringkat yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu lagi.- UTUSAN ONLINE